Sunday, May 17, 2009

CHAMPIONS For 18TH TIMES..and That's A FACT!


Championes..Championes..ole..ole..ole!! yaaaahahaha..yassalam..x tgambar btapa sronot nye aku bile smlm utk kali yg ke-18 nye MU menjulang trofi liga paling berprestij (cewaahh..tp btol la), trofi Liga Perdana England! huhuhu..bg aku..gelaran ni merupakan yg ke-5 sejak aku mula aktif dalam kancah per-MU-an ini (err..btol ke ayt aku ni?). Sbagai salah sorg dr berjuta penyokong yg passionate, aku sgt bangga sbb akhirnya MU brjaya menyamai rekod Liverpool a.k.a The Scums sbagai kelab yg paling byk mng trofi liga..

Menyorot kembali kisah silam (mase mudhe2 dulu) aku stat minat MU lpas final Champions League taun 1999..time tu baru dajahanam (standard 6 u know). Aku igt lg..pmain MU, TEDDY SHERINGHAM & OLE GUNNAR SOLKSJAER la yg bertanggungjawab menjangkitkan aku ngn penyakit yg juga menular ke sluruh pelusuk dunia (cam virus H1N1 lak..adooii) iaitu penyakit MU-NISM (10% penduduk dunia ialah penyokong MU,and that's a FACT)..2 gol minit akhir (minit 89 & 92) menjahanamkan trus hajat Bayern Munich yg time tu diambang tuk menjulang trofi eropah..(MU 2 - 1 Bayern Munich) mlm magic tu la yg membuatkan aku trus minat MU smpai skang..Tq juge kpada TB3 yg menyiarkan game bsejarah tu..time tu xde Astro lg da..

Err..berbalik kpada crite asal..mlm td, aku cm bese la ke tmpat yg aku msti pg time game MU, RESTORAN HAKIM SEK.7 (a.k.a OLD TRAFFORD MALAYSIA..haha..over tuh). tp mlm smlm aku n anas je yg g tuk bsama2 ratusan lg fans MU kat situ tgk game MU vs Arsenal..xbrape best lak sbb slalu ade Roy, n Apiz skali..gile pack Hakim smlm..dgn yg pkai jc 'RONALDO' la..'BERBATOV' la..'TEVEZ' la..mine is blue jc ngn name 'GIGGS'..heh..sib baek dpt gak seat..tgh syok2 tgk game de lak sorg mamat ni ngn ber-jc LOOSERPOOL (gile loser weh..) menyalak xabis2 ngn harapan MU klh..xdpt la jon..xdpt..igt MU team ayam serama tonggek masak kurma ke??adehh..kamon ar kan..abes je game..PARTY TIME!!yeaahhh!!walopun draw 0-0, tp 1point da ckup tuk mengesah Esahkan gelaran liga tuk MU..then mamat LOSERPOOL td telah dibahan kaw-kaw nye oleh fans MU kat situ..antara cacian berbaur kata2 nista yg meletus dr fan MU kpade bliyau ialah:

"Oi brader! MU da menang lu x reti2 nk balik ke?? ke nk tgk MU pgang piala?"

"F*** Liverpool!! Gile LOSER! Balik ar bodoh!"

"Tgk baek2 Liverpool, ktorang CHAMPION!!"

"Muke da malu tu..xnak balik lg ke?ke segan nak blah?"

hahaha..itulah ayt2 gengster lg maha laknat yg kua dr mulut2 fan MU kat situ smlm..huhu..mamat tu muke da malu..tinge da merah..tp xnak gak blah..gile ego weh..kalo aku la, game blom abeh aku da blah da..aduii..padan la dgn muke ngko..menyalak dr game stat smpai abeh..aku tumpang gelak kaw2 nye..kalo ade Roy ni mmg die join skaki la bahan mamat tu...hahah..aku igt, mybe die blk bunuh diri smbil pakai jc liverpool die tu..adeh

BTW..congrats United! We're THE CHAMPIONS for 18th times..and for the Liverpool a.k.a The Scums and Bin Dippers...we are equalling you and THAT'S A FACT!! UNITED!! UNITED!! UNITED!!

Nex mission --> Italian Job - Champions League Finale, 27 May 2009, Rome. Man United vs Barcelona!!





Friday, March 27, 2009

Lucky
Jason Mraz feat Colbie Caillat
Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, fell the air
I put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

Tuesday, March 24, 2009

Kenangan Dolu-Dolu

Saper yang lahir pada tahun 80′an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. Time tu suke amik buku de gmbr dinosaur,or yg de gmbr2 space. Bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.
- RMT (Rancangan Makanan Tambahan) kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm….
- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. Xpun pensel box yang gune bekas video tape.
- main lwn pemadam yang ada gambar bendera negara2, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sebenar, utk padam!
- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat (goldust) dlm air tu.
- cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pon kat situ.
- Papan hitam menggunakan kapur yg giler babeng nyer berabuk. Pastu sapa bertugas kene ketuk duster kat tepi koridor. habis klas bawah2 sume berabuk.
- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. Rotan siap terbelah pastu cikgu ikat ngan rubberband.
- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la… Pastu ada main tanah liat. buat pasu dari botol terbuang. kasi letak tanah liat, jadi cantik. Pastu berhabuk..
- Beg skolah masing2 umpama nak pegi camping. Sampai masuk berita sebab beg galas bebankan pelajar.
- Gasing, layang2, tutup botol, othello, dam ular, mainan kita.
- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. Time tu sapa ada sega dikira dewa. Tapi sapa ada sega pun ada game sonic jek.. main tu je la ulang2.
- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. Kaler biru, ijau itam, cekelat.
- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak…
- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu…
- Siri kartun; power rangers (Generasi pertama), ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban, Dash yankuro, tomato man dan mcm lg. Ramai jek ponteng skolah agama sebab nak usha citer2 ni.
- Roller blade menjadi kegilaan budak2. Hampir tiap2 petang kedengaran bunyik tayar rollerblade kat jalan raya.
- Komputer mula diperkenalkan dlm tahun 1994 kot. Time tu ada tempat disket besar gile.
- Telepon bapak kita besar gedabak, pastu bapak2 kita suka letak dalam poket atau kat poket blakang, bontot dorang jadi tonggek. Bila orang call, cakap srupa sebatu jauhnya.. siap ekspresi tangan dan muka.
- Waktu dapat IC first time time darjah 6, bangga giler sebab dah dikira dewasa. tapi ic still mak pegang sebab takut ilang. Simpan fotostat dlm wallet..
- budak laki time darjah 5/6 usha membe2 pompuan tinggi2 gila… tapi bila da masuk tingkatan 1/2 bebudak pompuan surprisingly jadi pendek. Time ni gak suara berubah.
- Dulu takut dengar pasal cerita hantu susuk. Siap kuar newspaper…Sume time tu takut gile nak kuar umah terutama budak perempuan sebab takut kene isap darah. Pastu macam2 antukuar dalam paper, antu lilin la.. dan macam2 lagi.
- Ada satu time tu zaman tamiya, sume berebut nak buat tamiya power2 siap kasi letak tayar span la.. tambah kilat la tukar enjin la.. pastu mende tu ilang ntah mana ntah.
- Dulu de zaman main bola tepuk..ala, yg buat team gune kadbod lipat. bola pkai kertas timah yg diuli kcik2. siap design lg kadbod tu ks nmpk cntik..pastu ajk mmbe lwn..nk men tipu,buatla kadbod goalkeeper besar gedabak! harapan la nk masuk gol..huhu
- Zaman digimon n zaman Proyo (yoyo) jgn lupe! time tu sebok beli digimon, bela pastu ajak membe2 battle..proyo lak siap gi stesen minyak BP smata2 nk beli Proyo..mahal tu. sape x mampu, beli yoyo murah yg blampu pastu de gmbr arnab 'playboy' tgh2 die..

Monday, March 2, 2009

Generasi Muda Lebih Gemarkan Berita Dalam Talian

Di era teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada hari ini, kemudahan internet adalah merupakan salah satu keperluan kepada masyarakat untuk berhubung dengan dunia luar, berhibur dan mencari maklumat. Perkembangan yang pesat ini mendorong syarikat-syarikat akhbar di Malaysia untuk mewujudkan akhbar dalam talian untuk memudahkan masyarakat memperoleh berita-berita terkini. Contoh laman web yang memberi kemudahan berita dalam talian adalah seperti bharian.com, hmetro.com dan malaysiakini.com. Berita dalam talian didapati lebih digemari generasi muda sebagai medium untuk mereka memperoleh berita terkini. Banyak faktor-faktor yang yang boleh dibahaskan mengenai perubahan trend generasi muda yang lebih menggemari berita dalam talian berbanding berita yang diterbitkan dalam bentuk surat khabar pada hari ini.

Antara faktor utama yang membuatkan generasi muda lebih menggemari berita dalam talian ialah kerana; berita dalam talian kebanyakannya diperuntukkan secara percuma kepada masyarakat. Kita hanya perlu mempunyai akses internet untuk melayari laman web yang memberi kemudahan berita dalam talian. Ini membuatkan generasi muda yang kebanyakannya pelajar sekolah dan kolej memilih berita dalam talian berbanding berita dalam format surat khabar yang memerlukan mereka membelanjakan wang untuk mendapatkan berita. Bagi mereka akhbar dalam talian dapat menjimatkan wang mereka. Sebagai contoh, kita perlu membelanjakan RM1.50 untuk mendapatkan surat khabar Berita Harian, tetapi dengan kos kurang daripada 20sen (jika diambil kira tarif elektrik dan akses internet) kita boleh mendapatkan berita yang sama di internet.

Selain itu, faktor yang mendorong generasi muda menggemari berita dalam talian adalah kerana berita dalam talian diterbitkan lebih cepat dan pantas berbanding surat khabar. Perkembangan teknologi yang semakin canggih menyebabkan sesuatu peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dalam masa yang sangat singkat. Sebagai contoh, peristiwa Barrack Obama mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat disiarkan di dalam internet selang beberapa jam selepas upacara itu berbanding surat khabar yang menerbitkan berita yang sama pada hari kemudiannya. Ini membuatkan generasi muda lebih menggemari berita dalam talian kerana kepantasan sesuatu berita itu disiarkan lebih cepat berbanding surat khabar yang kadangkala menyiarkan berita yang berlaku kelmarin. Bukan itu sahaja, berita dalam talian adakalanya lebih cepat disiarkan berbanding berita yang disiarkan di televisyen.
Berita dalam talian juga didapati memudahkan dan lebih mesra pengguna berbanding surat khabar. Dalam arus kesibukan yang melanda generasi muda pada hari ini, mereka selalu kesuntukan masa untuk mencari surat khabar di kedai-kedai. Maka sebagai alternatif, berita dalam talian adalah pilihan utama mereka kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga. Ini kerana, berita dalam talian boleh diakses dengan mudah di rumah atau di pejabat. Selain itu, pengguna berita dalam talian hanya perlu ‘klik’ pada berita yang mereka minat untuk baca. Ini juga memudahkan mereka jika dibandingkan dengan surat khabar yang memerlukan kita untuk menyelak setiap helaian akhbar untuk mencari berita yang menarik. Selain itu, kemudahan ‘archive’ , iaitu sistem penyimpanan berita yang boleh didapati di setiap laman web berita dalam talian membolehkan mereka yang tidak sempat untuk membaca berita terkini, mendapatkannya walaupun berita itu disiarkan tiga hari yang lalu. Ini juga memudahkan pelajar yang mahu mengumpul maklumat bagi tujuan kajian kerana ada sesetengah laman berita dalam talian yang mempunyai simpanan berita selama setahun. Ini berbeza dengan surat khabar yang mempunyai tempoh lupus yang cepat.

Selain itu, berita dalam talian didapati lebih jelas dan terperinci berbanding surat khabar. Ini digemari generasi muda kerana mereka lebih sukakan berita yang disiarkan dengan lebih terperinci untuk memudahkan mereka memahami sesuatu isu. Adakalanya juga, sedutan klip video turut disertakan untuk memberi gambaran jelas kepada pembaca mengenai sesuatu berita. Bukan itu sahaja, setiap berita juga mempunyai pautan kepada info-info lain bagi memudahkan pembaca mendapat kefahaman yang lebih tinggi dan tanpa had mengenai sesuatu perkara. Sebagai contoh, berita mengenai Cristiano Ronaldo memenangi anugerah pemain bolasepak terbaik dunia hanya dipaparkan sedikit sahaja di surat khabar. Tetapi, berita dalam talian bukan sahaja terdapat berita mengenai peristiwa itu, tetapi terdapat juga info mengenai siapa itu Cristiano Ronaldo dan pencapaian-pencapaian lain yang diperolehinya sebagai pautan kepada berita tersebut.

Faktor lain yang membuatkan berita dalam talian digemari generasi muda ialah, berita dalam talian lebih bebas. Tiada sekatan diberikan untuk pengarang memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Generasi muda pula tidak hanya mahu membaca berita daripada satu pihak sahaja, tetapi juga mereka mahu membaca pandangan pihak yang lain. Kemudahan ruangan forum yang boleh didapati di internet membolehkan mereka memberi pendapat dan idea mengenai sesuatu isu. Berita dalam talian juga disifatkan sebagai tidak memilih bulu mengenai sesuatu isu. Ini berbeza jika dilihat di surat khabar yang menapis dan menyekat setiap kandungan berita agar sesetengah maklumat dapat dilindungi daripada umum. Maka, kebenaran sesuatu berita itu tidak dapat dipastikan dan kabur.

Sebagai kesimpulan, berdasarkan faktor-faktor yang dijelaskan, kita dapat mengetahui mengapa generasi muda lebih menggemari berita dalam talian. Berita dalam talian membuatkan genarasi pada hari ini menjadi lebih arif, dan sentiasa mengikut perkembangan terbaru dunia pada hari ini. Perkembangan yang sihat dalam dunia kewartawanan dan teknologi maklumat pada masa kini perlu diambil perhatian dan dijadikan sebagai batu loncatan oleh syarikat-syarikat akhbar supaya mereka tidak ketinggalan dengan fenomena terbaru yang digemari generasi muda kini. Namun harus diingat, surat khabar juga memainkan peranan penting dan jika tiada alternatif dan idea yang lebih segar diberikan, maka surat khabar akan terus terpinggir.

Thursday, February 26, 2009

Carling Cup Final : Man Utd vs Spurs


2009 Carling Cup Final :
MANCHESTER UNITED vs TOTTENHAM HOTSPUR
Venue : Wembley Stadium
Date : Sunday, 1 March 2009
Time : 11pm (Live on Astro Supersport)
Yeyyy!! Finally, lepas kali terakhir United menang Carling Cup pada 2006 (United 4-0 Wigan), dorang masuk gak pentas final. Kalo season2 sebelum ni United awal-awal da out (kasi can la team lain nak menang lak) kali ni dorang x kasi can dah..Game ahad ni dianggap seimbang coz Spurs kembali hebat lepas Harry Redknapp jadi manager baru diorang..so pluang United tuk menang bagi aku 50-50 gak. For United, it will be the first shot dalam misi dorang tuk menang 4 gelaran utama season 08/09 nih('quadruple'). United dijangka menurunkan kesebelasan pemain-pemain muda yang biase dorang pertaruhkan dalam kempen season ni cam Rafael & Fabio Da Silva, Jonny Evans, Darron Gibson & Danny Welbeck tuk bergandingan ngan senior cam Cristiano Ronaldo, Rio Ferdinand & Wayne Rooney. Tuk final kali ni, aku arap player cam Carlos Tevez, Danny Welbeck dan Nani dapat main sebab dorang la yang membantu United tuk mara ke final kali ni, lebih-lebih lagi Tevez yang jadi top scorer tuk kempen ni.

Spurs xleh dipandang ringan gak. Dengan status sebagai juara bertahan (2008 Carling Cup Champions), dorang mesti nk mempertahankan gelaran nih. Tambahan plak ni je cup yang tinggal tuk dorang pas tersingkir FA Cup n mengalami musim yang sederhana kat BPL. Key player dorang cam Luka Modric, Aaron Lennon, Darren Bent & Robbie Keane mesti diberi perhatian (kalo perlu, cantas saje kaki mereka-mereka ini..senang sket.muahaha). So, cite banyak x guna..nanti lepak Hakim Sek.7 tengok sudah..Glory-Glory Man United!! =)

My team selection: Van Der Sar, Rafael, Evans, Vidic, Evra, Ron, Gibson, Carrick, Giggsy, Tevez, Rooney (sub: Foster, Sheasy, Scholes, Berbatov, Ferdinand, Nani, Fletcher)